Anda mempunyai buku yang telah diterbitkan dengan Penerbit UTeM? Anda boleh memohon Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Permohonan boleh dihantar sepanjang tahun.
Apa Itu Dana Penulis PNM?
- Pembelian buku oleh PNM daripada penulis.
- Ianya untuk membantu penulis dan juga untuk membekalkan buku ke cawangan perpustakaan/ perpustakaan desa.
- PNM hanya berurusan dengan penulis dan bukan penerbit. Oleh itu, penulis perlu berurusan terus dengan PNM.
Cara Memohon - Tulis surat dan sertakan senaskhah buku setiap satu tajuk. • Hantar kepada Bahagian Pembinaan Koleksi, Perpustakaan Negara Malaysia (serahan tangan atau secara pos).
Contoh Surat:
Surat Tawaran:
- Jika buku anda diluluskan dan terpilih, surat tawaran akan dihantar kepada anda berserta borang yang perlu dikembalikan dua minggu daripada tarikh surat tawaran.
- Jumlah naskhah buku akan dinyatakan dalam surat tawaran.
Surat Penolakan:
- Surat ini juga akan dihantar jika permohonan anda tidak diluluskan.
Pembelian Buku Dari Penerbit:
- Rujuk dengan Penerbit UTeM untuk kaedah pembelian buku.
- Penulis perlu membuat permohonan semakan stok/ pembelian buku daripada Penerbit UTeM.
- Penulis layak mendapat kadar diskaun buku berdasarkan ketetapan di dalam Dasar dan Garis Panduan Penerbitan UTeM.
- Penghantaran buku ke PNM akan diuruskan oleh Penerbit UTeM.
- Penulis diberi tempoh 30 hari untuk menjelaskan pembayaran buku selepas menerima dana daripada PNM.
Pertanyaan:
- Encik Mohammad Dzulhisham Che Hassim (dzulhisham@utem.edu.my)