Our Facilities

Print on Demand

Penerbit UTeM mempunyai 3 buah mesin percetakan digital berkelajuan tinggi selain sebuah mesin cetak digital Xerox hitam-putih yang dikhususkan untuk Bahagian Pentadbiran & Kewangan. Mesin cetak ini diuruskan oleh Bahagian Percetakkan & Penjilidan. Mesin tersebut adalah:

Mesin cetak digital (hitam-putih) berkelajuan tinggi: RISO 7150 ComColor

Mesin cetak digital (warna) berkelajuan tinggi: RISO GD7330 ComColor

Mesin cetak digital (warna) resolusi tinggi: Konica Minolta AccurioPress C2070

Binding And Finishing

Bahagian Percetakan & Penjilidan mempunyai 14 buah mesin bagi penghasilan buku daripada mula sehingga dibungkus rapi untuk tujuan penghantaran dan jualan, iaitu:

  1. Mesin pemotong kertas
  2. Mesin Jilid / perfect binding
  3. Stapling booklet maker
  4. Auto feed laminator
  5. Auto feed knive creaser
  6. Automatic namecard cutter
  7. Mesin perincih
  8. Mesin penebuk dan jilid (wire-O)
  9. Book press machine
  10. Mesin penebuk kertas elektrik
  11. Mesin jilid elektrik comb binding
  12. Mesin cetak digital hot foil
  13. Mesin pembalut auto shrink wrap
  14. Mesin penapis udara

Multiple Camera Production

Bahagian Multimedia Penerbit UTeM mempunyai kelengkapan rakaman MCP untuk sesebuah majlis rasmi universiti yang diperlukan untuk siaran secara langsung sama ada di paparan skrin atau media sosial. Antara kelengkapan tersebut adalah:
– 3 buah kamera video digital full HD
– DATAVIDEO switcher (12 Channel)
– AUTOMOS Digital recorder
– RF Camera set
Bermula dari tahun 2010, bahagian ini telah mengurus dan melaksanakan rakaman MCP majlis konvokesyen UTeM dan lain-lain majlis rasmi UTeM sehingga kini.

Aerial Video Recording

Penerbit UTeM melalui Bahagian Multimedia mempunyai kemudahan peralatan drone untuk tujuan rakaman dari udara bagi tujuan penerbitan video mengikut permintaan. Drone yang digunakan adalah DJI Mavic 2 Pro. Jarak penerbangan drone boleh mencapai sehingga 8km tanpa halangan antara dron dengan pengendali sehingga 31 minit rakaman beresolusi tinggi.
Selain itu, Bahagian Multimedia juga mempunyai staf yang mempunyai sijil kepakaran dalam mengendalikan dron (pilot).

Video Editing & Video Production

Bahagian Multimedia Penerbit UTeM mempunyai sekumpulan pereka yang berpengalaman luas di dalam penerbitan video. Selain kepakaran yang ada, bahagian ini dilengkapi dengan sebuah mesin penyuntingan video berkapasiti tinggi yang menggunakan aplikasi:
– Edius
– Adobe Premiere
– Adobe After Effects
– Adobe Audition
Selain itu, semua pereka di bahagian ini dilengkapi dengan work station masing-masing yang mampu membuat penyuntingan video.

Graphic Design Studio

Semua pereka grafik di Bahagian Seni Kreatif dilengkapi dengan work station yang mempunyai spesifikasi tinggi untuk membuat kerja rekabentuk grafik. Terdapat 9 buah work station tersedia sepenuhnya untuk kerja-kerja seperti:
– Rekabentuk grafik bahan promosi
– Penyuntingan gambar
– Rekaletak dan susunatur huruf
– Desktop Publishing
Semua pereka adalah berpengalaman luas di dalam bidang rekaan grafik.