Kategori Penerbitan
Bahan Ilmiah
- Terbitan yang bersifat ilmu pengetahuan, keilmuan dan akademik.
- Meliputi hasil kajian yang mempunyai potensi nilai pasaran.
Jenis Penerbitan:
- Karya Asli
- Buku Teks
- Monograf
- Karya Suntingan
- Modul Pengajaran dan Pembelajaran
- Prosiding
Bahan Umum
- Terbitan bukan bersifat akademik
Jenis Penerbitan:
- Buku Umum – Buku Panduan Akademik, Buku Mewah (Coffee Table Book), Buku Terbitan Khas, Buletin, Majalah dll
- Buku Karya Kreatif – Buku Motivasi, Novel, Kumpulan Cerpen, Kumpulan Puisi, Buku Kanak-Kanak, Buku Autobiografi dll
Penyediaan Manuskrip
Format Penyediaan
- Ditaip dengan kemas, bersih dan tersusun menggunakan kertas bersaiz A4;
- Jenis fon: Times New Roman atau Palatino Linotype bersaiz 12 poin.
- Langkau 1.5 atau 2.0;
- Jumlah halaman melebihi 49 halaman (UNESCO). Walau bagaimanapun, buku yang baik haruslah melebihi 100 halaman.
Tajuk Dan Kandungan
- Tajuk bab boleh dibuat dalam HURUF BESAR atau Huruf Besar dan Huruf Kecil yang boleh diletak sama ada di tengah-tengah, santak ke kiri atau ke kanan.
- Pecahan tajuk kepada subtajuk boleh dibuat. Tetapi pecahan lebih daripada tiga (3) aras subtajuk tidak digalakkan. Sila gunakan tipografi berikut:
- TAJUK (Saiz 12 poin HURUF BESAR dan RUPA TAIP TEBAL).
- Subtajuk (Saiz 12 poin, huruf besar kecil dan rupa taip tebal).
- Sub-subtajuk (Saiz 11 poin, huruf besar kecil dan rupa taip tebal.
Penyerahan Manuskrip
Pastikan semua borang-borang dan dokumen-dokumen berkaitan diserahkan bersama dengan manuskrip anda. Berikut adalah senarai borang-borang dan dokumen yang perlu diserahkan:
- Borang Khidmat Penerbit Universiti;
- Borang Ringkasan Bahan;
- Borang Akujanji Penulis;
- Softcopy Manuskrip (dalam CD) format Word dan PDF;
- Hardcopy Manuskrip (1 naskhah);
- Salinan Laporan Turnitin (Peratus Similarity mestilah kurang daripada 30%); dan
- Gambar penulis bersaiz passport & biodata penulis anggaran 200 patah perkataan.
Muat turun dokumen:
Untuk kemudahan, anda boleh memuat turun templet dan format untuk penulisan manuskrip seperti senarai di bawah:
- Format Penyediaan Manuskrip Modul P&P
- Format Penyediaan Manuskrip Monograf
- Format Penyediaan Manuskrip Karya Asli Penerbit UTeM
- Template Penyediaan Bab Karya Suntingan
- Template Penyediaan Manuskrip Karya Suntingan
- Template Blurb Buku