Kategori Penerbitan

Bahan Ilmiah

  • Terbitan yang bersifat ilmu pengetahuan, keilmuan dan akademik.
  • Meliputi hasil kajian yang mempunyai potensi nilai pasaran.

Jenis Penerbitan:

  1. Karya Asli
  2. Buku Teks
  3. Monograf
  4. Karya Suntingan
  5. Modul Pengajaran dan Pembelajaran
  6. Prosiding

 

Bahan Umum

  • Terbitan bukan bersifat akademik

Jenis Penerbitan:

  1. Buku Umum – Buku Panduan Akademik, Buku Mewah (Coffee Table Book), Buku Terbitan Khas, Buletin, Majalah dll
  2. Buku Karya Kreatif – Buku Motivasi, Novel, Kumpulan Cerpen, Kumpulan Puisi, Buku Kanak-Kanak, Buku Autobiografi dll

Penyediaan Manuskrip

Format Penyediaan

  • Ditaip dengan kemas, bersih dan tersusun menggunakan kertas bersaiz A4;
  • Jenis fon: Times New Roman atau Palatino Linotype bersaiz 12 poin.
  • Langkau 1.5 atau 2.0;
  • Jumlah halaman melebihi 49 halaman (UNESCO). Walau bagaimanapun, buku yang baik haruslah melebihi 100 halaman.

 

Tajuk Dan Kandungan

  • Tajuk bab boleh dibuat dalam HURUF BESAR atau Huruf Besar dan Huruf Kecil yang boleh diletak sama ada di tengah-tengah, santak ke kiri atau ke kanan.
  • Pecahan tajuk kepada subtajuk boleh dibuat. Tetapi pecahan lebih daripada tiga (3) aras subtajuk tidak digalakkan. Sila gunakan tipografi berikut:
    • TAJUK (Saiz 12 poin HURUF BESAR dan RUPA TAIP TEBAL).
    • Subtajuk (Saiz 12 poin, huruf besar kecil dan rupa taip tebal).
    • Sub-subtajuk (Saiz 11 poin, huruf besar kecil dan rupa taip tebal. 

Penyerahan Manuskrip

Pastikan semua borang-borang dan dokumen-dokumen berkaitan diserahkan bersama dengan manuskrip anda. Berikut adalah senarai borang-borang dan dokumen yang perlu diserahkan:

Muat turun dokumen:

Untuk kemudahan, anda boleh memuat turun templet dan format untuk penulisan manuskrip seperti senarai di bawah:

  1. Format Penyediaan Manuskrip Modul P&P
  2. Format Penyediaan Manuskrip Monograf
  3. Format Penyediaan Manuskrip Karya Asli Penerbit UTeM
  4. Template Penyediaan Bab Karya Suntingan
  5. Template Penyediaan Manuskrip Karya Suntingan
  6. Template Blurb Buku