Anda mempunyai buku yang telah diterbitkan dengan Penerbit UTeM? Anda boleh memohon Dana Penulis Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Permohonan boleh dihantar sepanjang tahun.

Apa Itu Dana Penulis PNM?

  • Pembelian buku oleh PNM daripada penulis.
  • Ianya untuk membantu penulis dan juga untuk membekalkan buku ke cawangan perpustakaan/ perpustakaan desa.
  • PNM hanya berurusan dengan penulis dan bukan penerbit. Oleh itu, penulis perlu berurusan terus dengan PNM.
    Cara Memohon
  • Tulis surat dan sertakan senaskhah buku setiap satu tajuk. • Hantar kepada Bahagian Pembinaan Koleksi, Perpustakaan Negara Malaysia (serahan tangan atau secara pos).

Contoh Surat:

Surat Tawaran:

  • Jika buku anda diluluskan dan terpilih, surat tawaran akan dihantar kepada anda berserta borang yang perlu dikembalikan dua minggu daripada tarikh surat tawaran.
  • Jumlah naskhah buku akan dinyatakan dalam surat tawaran.

Surat Penolakan:

  • Surat ini juga akan dihantar jika permohonan anda tidak diluluskan.

Pembelian Buku Dari Penerbit:

  • Rujuk dengan Penerbit UTeM untuk kaedah pembelian buku.
  • Penulis perlu membuat permohonan semakan stok/ pembelian buku daripada Penerbit UTeM.
  • Penulis layak mendapat kadar diskaun buku berdasarkan ketetapan di dalam Dasar dan Garis Panduan Penerbitan UTeM.
  • Penghantaran buku ke PNM akan diuruskan oleh Penerbit UTeM.
  • Penulis diberi tempoh 30 hari untuk menjelaskan pembayaran buku selepas menerima dana daripada PNM.

Pertanyaan: