SENI MURAL SUNTIK KREATIVITI PELAJAR SEKOLAH

Oleh: Bob Faizeli Mohamed Din

WhatsApp Image 2018 10 01 at 12.19.00 PMWhatsApp Image 2018 10 01 at 12.22.21 PM
Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai cara tersendiri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti setempat di Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

Dalam satu aktiviti diadakan di Sekolah Kebangsaan Gangsa, seramai 11 orang staf Penerbit Universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni grafik dan reka bentuk telah bergotong royong menghasilkan sebuah mural di bangunan sekolah tersebut.

Menurut Pengarah Penerbit Universiti, Nurhafidz Abdul Sahak ketika ditemui berkata, program CSR yang dianjurkan kali ini agak berbeza kerana menggabungkan unsur kreativiti sambil berinteraksi bersama pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan.

“Sewaktu menghasilkan mural, pelajar diberi peluang untuk mencuba serta mempelajari teknik-teknik yang digunakan dan ini secara tidak langsung menyemai minat dan kreativiti mereka untuk menceburkan diri dalam bidang seni grafik,” jelas Nurhafidz.

Katanya lagi, mural bertemakan penerokaan angkasa lepas itu bakal memberi inspirasi kepada pelajar sekolah berkenaan untuk memperkasakan bidang sains dan teknologi seterusnya mencapai cita-cita yang mereka impikan.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gangsa, Hj. Zakaria Ghazalli pula menyambut baik inisiatif yang dibawakan oleh UTeM dalam menjadikan persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria itu.
“Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Penerbit UTeM kerana sudi meluangkan masa dan kepakaran serta memberikan pengalaman istimewa kepada pelajar kami terlibat sama dalam menghasilkan mural yang sangat menarik ini,” kata Zakaria lagi.

Ketua Pegawai Maklumat UTeM, Mohd Isa Mohd Dom yang turut hadir dalam program tersebut melahirkan rasa gembira berikutan sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah berkenaan.

Ketika ditemui, Mohd Isa berharap agar pelaksanaan program CSR seumpama itu dapat memberi manfaat kepada komuniti sekitar UTeM khususnya dalam menyemarakkan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

Mural berukuran 10 kaki x 20 kaki itu berjaya disiapkan dalam masa dua hari dan menjadi daya tarikan terbaru di sekolah berkenaan.

WhatsApp Image 2018 10 01 at 4.46.48 PM

Perkhidmatan Kami

Pencetakan Buku

Pencetakan Buku

Penyuntingan Video

Penyuntingan Video

Penerbitan Buku

Penerbitan Buku

MCP

MCP

Galeri Buku

Galeri Buku

Penerbitan Bahan Promosi

Penerbitan Bahan Promosi

Rekabentuk Grafik

Rekabentuk Grafik

Lain-lain

Lain-lain

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia