seminar penulisan
Sukacita dimaklumkan bahawa Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik dan Bengkel 2018 dengan tema Aspirasi Sains, Teknologi dan Inovasi akan diadakan pada 17 - 18 April 2018 bertempat di Hotel Vistana, Kuantan, Pahang. Seminar ini adalah anjuran Agensi Nuklear Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Kumpulan Media Karangkraf dan di sokong oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), PTS Publications & Distributors Sdn Bhd serta beberapa universiti tempatan.

Untuk makluman tuan/puan, satu bengkel praseminar akan diadakan bagi memberi peluang para peserta berinteraksi dengan lebih dekat untuk menguasai teknik dan kaedah penulisan saintifik diikuti oleh seminar yang akan menyentuh tentang cabaran, hak cipta, keselamatan maklumat, pengurusan editorial, isu pemasaran serta masa depan penulisan dan penerbitan saintifik. Bengkel serta seminar ini dijangka akan dihadiri kalangan penyelidik, pensyarah, pegawai penerbitan, penulis, pustakawan dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang penulisan dan penerbitan dari sektor awam, badan korporat dan swasta. Sejumlah 12 kertas kerja merangkumi satu ucap tema, 3 ucap tama dan 8 kertas kerja dijangka akan dibentang diikuti dengan forum pada akhir setiap gugus seminar.

Bersama ini disertakan brosur untuk perhatian tuan/puan. Untuk maklumat lanjut, silalah berhubung terus *Cik Siti Hajar
Telefon : 03 8911 2000 samb. 2608 atau 012 - 4367769
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muat Turun -  image Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik Dan Bengkel - 17 - 19 April 2018 (543 KB)

Sekian, untuk makluman dan terima kasih.

Perkhidmatan Kami

Pencetakan Buku

Pencetakan Buku

Penyuntingan Video

Penyuntingan Video

Penerbitan Buku

Penerbitan Buku

MCP

MCP

Galeri Buku

Galeri Buku

Penerbitan Bahan Promosi

Penerbitan Bahan Promosi

Rekabentuk Grafik

Rekabentuk Grafik

Lain-lain

Lain-lain

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia