Bahagian Percetakan & Penjilidan

Pengenalan

Bahagian ini pada asalnya adalah Unit Percetakan di bawah bahagian Editorial yang ditubuhkan secara rasminya selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Eksekutif Universiti pada Januari 2017 bagi memusatkan semua aktiviti percetakan berskala besar universiti di Penerbit Universiti. Bahagian ini akan memperkemaskan lagi fungsi Penerbit Universiti dalam memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada warga universiti selain menjadi pusat penjanaan pendapatan melalui penawaran perkhidmatan percetakan dan penjilidan kepada pihak luar.

Bahagian ini juga adalah bertujuan memantau sebarang aktiviti percetakan yang dilakukan oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi mengawal aliran keluar kewangan bagi tujuan percetakan yang sekali gus dapat menggerakkan usaha penjimatan yang terkawal dan terancang.

Bagi melicinkan operasi dan fungsi Unit Percetakan, universiti telah meluluskan peruntukan bagi pembelian aset kelengkapan asas sebuah unit percetakan yang mana kesemua peralatan tersebut telah diterima pada Disember 2017. Bahagian ini juga dilengkapi dengan tiga (3) mesin pencetak digital berkelajuan tinggi yang mampu memenuhi keperluan percetakan warga universiti dan pelanggan luar.

 

Fungsi Bahagian

Selaras dengan penubuhan bahagian ini, segala aktiviti percetakan akan dipusatkan di Penerbit Universiti yang mana setiap urusan berkaitan akan diuruskan sepenuhnya oleh bahagian. Antara fungi bahagian ini adalah:

  • Menguruskan percetakan berdasarkan permohonan oleh PTj.
  • Menguruskan stok kertas dan bahan pakai habis.
  • Menguruskan perolehan sebut harga bagi pembekalan kertas dan bahan pakai habis.
  • Mendapatkan perkhidmatan syarikat percetakan luar bagi permohonan yang di luar kepakaran staf dan kemampuan peralatan.
  • Merekod setiap aktiviti percetakan dalam buku log bagi tujuan pemantauan dan pelaporan.
  • Menasihati Penerbit Universiti mengenai item yang boleh dicetak secara dalaman atau mendapat khidmat percetakan luar atas faktor keberkesanan penjimatan.
  • Mengurus percetakan dan penjilidan buku terbitan Penerbit Universiti.
  • Memastikan semua peralatan percetakan dan penjilidan dalam keadaan yang baik dan berhubung dengan pembekal sekiranya berlaku kerosakan.

 

 

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia