OBJEKTIF

1. Mengurus manuskrip dan menyelaraskan penerbitan karya ilmiah dengan imprin Penerbit Universiti mengikut piawai penerbitan supaya mencapai mutu yang diiktiraf MAPIM dan negara;
2. Membuat kerja-kerja penerbitan media cetak dan digital meliputi penyuntingan bahan ilmiah dan audio visual, penterjemahan, percetakan dan mengedarkannya kepada komuniti universiti dan masyarakat umum;
3. Menyediakan khidmat runding dalam penilaian dan pemilihan peralatan multimedia serta perkongsian kepakaran dalam penerbitan ilmiah dan multimedia;
4. Menggalakkan penulisan dan penterjemahan dalam menghasilkan bahan yang mempunyai nilai akademik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran melalui kursus dan seminar; dan
5. Menyebarkan informasi dengan cara yang lebih efektif, kreatif dan inovatif melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penerbitan.




VISI

• Penerbitan Ilmiah Berimpak Tinggi Kebanggaan Negara


MISI

• Menjadikan Penerbitan Ilmiah UTeM Diiktiraf di Persada Dunia Menjelang Tahun 2020

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia