PRODUK SENI KREATIF

 

produk kreatif

 

UNIT SENIREKA GRAFIK

1. Penghasilan produk melalui penyediaan layout grafik untuk UPACARA/ MAJLIS RASMI UNIVERSITI seperti kad jemputan, banting, backdrop, buku program atau buku cenderamata, poster, tag dan lain-lain untuk kegunaan majlis rasmi Universiti
2. Penghasilan produk melalui penyediaan layout grafik untuk UPACARA/ MAJLIS/ PROGRAM RASMI DENGAN AGENSI LUAR seperti kad jemputan , banting, backdrop, buku program atau buku cenderamata, poster dan lain-lain untuk kegunaan majlis.
3. Penghasilan produk melalui penyediaan layout grafik untuk BAHAN-BAHAN PROMOSI UNIVERSITI seperti pengiklanan dalam bentuk banner, banting, iklan majalah, iklan suratkhabar, poster, signage, brosur, pamplet, billboard dan lain-lain item untuk tujuan promosi dan pameran Universiti.
4. Penghasilan produk melalui penyediaan layout grafik WHATSSAPP BANNER @ MEDIA SOSIAL dalam menyampaikan ucapan untuk perayaan atau pesanan juga mempromosikan program/ majlis Universiti.
5. Menyediakan khidmat percetakan bahan-bahan terbitan grafik Universiti melalui percetakan dalaman atau menguruskan proses percetakan dengan syarikat percetakan luar sehingga selesai.
6. Mengawal/ memantau hasil/ mutu percetakan atau penghasilan bahan-bahan percetakan yang dihasilkan oleh semua PTj di dalam UTeM dengan syarikat luar.
7. Berkongsi kepakaran bersama warga UTeM atau agensi luar melalui khidmat nasihat dan kepakaran dalam senireka grafik.


UNIT FOTO KREATIF

1. Menyediakan KHIDMAT RAKAMAN FOTOGRAFI BAGI UPACARA/ MAJLIS RASMI UNIVERSITI DAN PTJ berdasarkan permohonan dan jadual yang diarahkan mengikut keutamaan.
2. Menyediakan KHIDMAT RAKAMAN FOTOGRAFI BAGI UPACARA/ MAJLIS/ PROGRAM DENGAN AGENSI LUAR seperti yang dimohon/dirancang bersama.
3. Menyediakan gambar-gambar foto untuk penghasilan visual rekabentuk bahan penerbitan dan penghasilan klip video bagi Universiti dari masa ke masa.
4. Menyediakan percetakan gambar bagi majlis/ upacara Universiti mengikut keperluan semasa.
5. Menyunting gambar-gambar mengikut kesesuaian dari komposisi, pencahayaan, warna, kesan khas dan kejelasan gambar dimuatnaik ke dalam e-galeri di laman web UTeM untuk tatapan warga UTeM. (Dicatatkan tarikh,tempat dan Jurufotografi yang mengambil gambar) dan seterusnya disimpan di dalam external hardisk untuk tujuan sumber rujukan (termasuk untuk simpanan arkib perpustakaan).
6. Menguruskan sesi fotografi berdasarkan keperluan pihak Pengurusan Universiti.
7. Berkongsi kepakaran fotografi bersama warga UTeM atau agensi luar melalui khidmat nasihat dan penataan foto.

  pdf Garis Panduan Penerbitan Grafik (156 KB)  - Muat turun

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia